BisnesGoji.com - Buat Bisnes Dengan Goji

Goji Ningxia
 | Mengapa Goji | Fakta Goji
 | Produk Goji | Produk Lain  
Testimoni GojiBisnes Melalui GojiStrategi 6P | Cara Daftar Ahli
 

Pengalaman Minum Goji & Lain-Lain

Pengalaman Minum Goji & Lain-Lain


Saya mula minum goji pada bulan Mac 2007, ketika berusia 45 tahun. Selain dari goji, saya juga amalkan minum teh rooibos, minyak kelapa dara & french classic cofee dengan campuran goji serta teh eucommia.


Fizikal saya agak besar, tinggi 172sm & berat badan saya melebihi 110kg. Saya menghidap asma yang kronik & sebuah 'ventolin' inhaler yang saya gunakan cuma tahan untuk 2 bulan sahaja. Saya juga telah lebih 20 tahun melalui tabiat
gaya hidup yang tidak aktif & langsung tidak bersenam.


Selama lebih kurang 9 bulan amalkan minum goji, teh rooibos, minyak kelapa dara & french classic cofee dengan campuran goji serta teh eucommia, saya dapati asma saya semakin pulih & lama kelamaan saya langsung tidak perlu menggunakan 'ventolin' inhaler lagi.


Ketika masa berlalu, ramai kenalan saya yang jauh lebih muda atau sebaya usia saya, pada  zahirnya  kelihatan   sihat tetapi telah menghidap  pelbagai  jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi  &  gout. Ada yang kena strok & mengalami kerosakan buah pinggang akibat penyakit darah tinggi yang tidak terkawal. Ada yang kena serangan jantung  & terpaksa melalui pembedahan angioplasty, bypass atau pembedahan pemintasan saluran darah jantung kerana jantung mereka telah tersumbat akibat darah yang terlalu pekat sebab kandungan kolestrol terlalu tinggi dalam darah.


Pelbagai kisah mengenai masalah kesihatan kenalan & rakan,  menjadikan  saya  risau & menginginkan kepastian mengenai tahap kesihatan saya.


Pada 19.12.2007, saya telah mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh tahap kesihatan saya. Oleh kerana telah lama tidak bersenam, pemeriksaan jantung yang dilakukan bukan melalui cara ‘stress test’ tetapi melalui teknik scan oleh sebuah syarikat terkemuka iaitu Heart Scan International.

Melalui teknik Heart Scan, imej jantung saya dipotong 3mm setiap satu bahagian menjadi 33 bahagian dan melalui pembesaran imej setiap bahagian tersebut, doktor pakar Heart Scan memberitahu saya tiada sebarang plak yang ditemui dalam saluran darah jantung saya.

Tahap gula dalam darah normal, kadar kolestrol dalam darah juga normal dan tekanan darah juga normal. Doktor pakar tersebut memberitahu saya bahawa saya amat bernasib baik kerana walaupun telah lama menjalani cara hidup yang tidak aktif, saya langsung tiada apa-apa masalah kesihatan. Beliau menasihatkan saya supaya berjalan setiap hari selama lebih kurang 20 minit sehari dan menjaga pemakanan saya untuk mengekalkan tahap kesihatan saya.

Laporan tersebut saya lampirkan untuk faedah bersama.

Kini sudah tahun 2011 & usia saya mencecah 49 tahun. Saya masih amalkan minum goji, teh rooibos, minyak kelapa dara  & french classic cofee dengan campuran goji serta teh eucommia setiap hari sebagai usaha untuk menjaga kesihatan saya.

Saya yakin dengan izin Allah, minuman kesihatan yang saya amalkan telah sedikit sebanyak membantu kesihatan saya.

Harga produk juga amat berpatutan.


Ikhlas Dari Saya.

Yang Benar,

Rohaizad bin Kamaruddin.
Tel :- 012 - 267 8284
email :- bisnesgoji@gmail.com